Karljhue Enterprise ialah sebuah kedai makan pagi yang beroperasi di Kemaman, Terengganu. Kami terkenal dengan hidangan roti canai yang lembut, rangup, dan penuh dengan rasa asli. Selain itu, kami juga menyediakan pelbagai pilihan sarapan pagi yang sesuai untuk semua golongan.
Dengan pengalaman dan dedikasi, kami berusaha untuk menjadi destinasi pilihan utama bagi pelanggan yang mencari sarapan berkualiti pada harga yang berpatutan.
Misi Kami
Kepuasan pelanggan keutamaan kami. Kami percaya setiap pelanggan berhak mendapat layanan terbaik dan hidangan yang memuaskan.
Visi Kami
Menjadi restoran tumpuan kepada semua orang. Kami ingin menjadikan Karljhue Roti Canai sebagai tempat sarapan yang dikenali ramai, bukan sahaja di Kemaman tetapi juga lebih meluas pada masa hadapan.
“
Roti Canai Signature Karljhue menjadi pilihan pelanggan sejak dulu. Datang dan rasai sendiri kelazatannya!
”
Nilai Teras Kami
Nilai Teras Karljhue Enterprise
Kualiti
Sentiasa memastikan roti canai dan menu lain dimasak segar serta menepati cita rasa pelanggan.
Kepelbagaian
Menawarkan menu pelbagai mengikut trend dan permintaan semasa.
Mesra Pelanggan
Memberikan layanan yang mesra, pantas dan ikhlas.
Keaslian
Mengekalkan rasa asli sambil menambah baik resepi mengikut kehendak pelanggan.